BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 24, 2010



Photobucket

Kata-kata hikmah Al-Ghazali :
"Kebahagian akan dicapai bagi sesiapa yang dapat mengalahkan nafsunya, kecelakaan akan menimpa bagi sesiapa yang dikalahkan oleh nafsunya"

"Semua manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, semua orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal, semua orang yang beramal juga akan binasa kecuali orang yang ikhlas, beramal tanpa ilmu adalah perkara yang sia-sia"

kenangan terindah bersama kawan-kawan..







Kawan-kawan, ketahuilah....

Di mana ada pengampunan di situ banyak kasih.
Di dalam kasih selalu terdapat :
1. Kesabaran.
2. Kemurahan hati.
3. Ketidaksombongan.

**********************************************************************************

Memberi tidak harus mengasihi, tetapi mengasihi selalu disertai dengan pemberian.

***********************************************************************************

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

**********************************************************************************

Semua orang dapat melakukan apapun bila ia percaya dan menginginkannya.

**********************************************************************************

Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati anda dalam doa-doanya.

***********************************************************************************

Janganlah menyimpan dendam kepada orang lain, sebab sementara kita menyimpan dendam, pada saat yang sama orang tersebut sedang mentertawakan kita.

***********************************************************************************

Teman adalah orang yang mengetahui semua tentang dirimu, tetapi tetap menyukaimu.

Tuesday, December 22, 2009

Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyemppurnaan bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurnaan bagi wanita. Maka wanita adalah penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnakan keperibadian dan sebaliknya.

Allah berfirman :
وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya : Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah. (surah al-Dhariyat : 49)

Lelaki dan wanita umpama aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ketika Nabi Adam berasa sunyi ketika berada dalam syurga maka Allah s.w.t menciptakan Hawa sebagai peneman hidupnya.

Seorang Muslimah...














Dilahirkan di dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletakkan di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekalkan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bestari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana..

kata-kata hikmah

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan